|
Panduan Pemasangan Linux Mandrake 8.2 - Bluebird

Pemasangan Linux Mandrake 8.2
Panduan ini meliputi pemasangan yang telah dibuat oleh penulis, ia tidak ada kaitan dengan panduan dari MandrakeSoft. Panduan ini membuat anggapan bahawa pengguna mempunyai pengetahuan asas mengenai perkakasan, BIOS dan teknik partisi cakera keras. Panduan ini juga menganggap pengguna telah membuat 'backup' sepatutnya
untuk mengelakkan sebarang kehilangan data. Penulis tidak akan bertanggungjawab
atas sebarang kerosakan atau kehilangan data dari penggunaan/ rujukan panduan
ini. Di sini juga saya ingin mengingatkan bahawa mungkin beberapa contoh akan berlainan dari konfigurasi anda kerana ia juga bergantung kepada sistem perkakasan anda.
Di sini juga suka diingatkan kemungkinan skrin yang dipaparkan dalam contoh
ini tidak akan sama dengan apa yang dipaparkan pada skrin anda. Gunakan
penilaian sendiri dimana perlu. Panduan ini hanyalah panduan ringkas dan
tidak bermaksud untuk memberi penerangan terperinci secara mendalam untuk
semua opsyen. Panduan ini juga menggunakan platform Intel PC sebagai contoh
- maafkan saya kerana saya hanya ada perkakasan ini :) .
Proses pemasangan Linux telah banyak berubah sejak beberapa tahun ini. Daripada teknik yang begitu asas (secara manual) hinggalah ke antaramuka GUI yang mudah. Salah satu distro Linux yang telah mempermudahkan proses pemasangan ialah Mandrake Linux. Mandrake telah membangunkan antaramuka grafikal untuk pemasangan Linux yang dipanggil DrakX. Kelebihan DrakX ialah ia mudah difahami dan digunakan selain ia menyembunyikan kompleksiti pemasangan dari pengguna biasa. Satu lagi kelebihan DrakX ialah ia menyokong tema (themes) dimana terdapat 3 tema untuk dipilih pengguna.
Apa yang anda perlu tahu tentang DrakX?
DrakX terdiri dari panel rujukan sebelah kiri, panel utama ditengah skrin dan ruang maklumat dibawah panel utama. Pada panel kiri, terdapat pilihan-pilihan yang menunjukkan proses yang akan dan telah dilalui. Warna pada bulatan memberikan maksud yang tertentu.
Warna merah - menunjukkan proses yang belum dilalui.
Warna oren - menunjukkan proses yang sedang dilalui.
Warna hijau - menunjukkan proses yang telah berjaya dan telah dilalui.
Anda boleh pergi kemana-mana sahaja opsyen di panel kiri dengan memilih
pilihan yang sesuai. Namun, ini tidak selalunya benar kerana ada pilihan
yang bergantung dengan proses sebelumnya untuk berfungsi.
Seperkara lagi, di bawah panel kiri ini terdapat tiga jalur warna. Jalur
warna ini merujuk kepada tema warna yang telah disebutkan tadi. Anda boleh
mengubah tema anda bila-bila masa sahaja sepanjang proses pemasangan. Hanya
perlu klik kepada warna kegemaran anda.
Tema warna kelabu:

Team warna kuning:

dan akhir sekali tema utama iaitu tema biru:

Keperluan minima perkakasan:
- Pemproses serasi Intel
- Pemacu Cakera (CD ROM)
- Sekurang - kurangnya 32 MB RAM (64MB untuk GUI)
Beberapa perkara penting sebelum instalasi:
Ini bukan suatu yang wajib tetapi adalah baik untuk mengetahui beberapa
perkara yang bakal membantu dalam perlaksanaan instalasi. Perkara yang
penting ialah mengetahui susunan partisi PC anda, terutama jika anda ingin
melaksanakan 'dual boot' atau 'multi boot'. Juga dinasihati anda mengetahui
jenis-jenis perkakasan dalam PC anda seperti kad video, kad bunyi, port
dan lain-lain maklumat (boleh diperolehi dari windows system information).
Ini akan dapat membantu sedikit sebanyak jika DrakX tidak dapat menjalankan
konfigurasi secara automatik dan perlukan input secara manual. Jika PC
tersebut akan disambung kepada rangkain (LAN atau dial-up), jangan lupa
untuk mendapatkan maklumat seperti informasi DNS, DHCP, gateway dan lain-lain
perincian rangkaian anda.
Untuk memulakan instalasi, anda perlu memastikan anda dapat boot dari media instalasi. Terdapat dua cara iaitu melalui disket dan bootable CDROM (perlu sokongan fungsi ini dari perkaksan). Bootable disket boleh dibuat dengan menggunakan utiliti rawrite yang boleh diperolehi dari CD installasi. Teknik ini tidak akan dibincang secara terperinci di sini. Untuk mengaktifkan fungsi bootable CDROM, anda perlu mengubah boot device list di BIOS.

Skrin anda mungkin berbeza dari contoh di atas kerana ia bergantung kepada
perkakasan anda - sila rujuk manual motherboard untuk cara mengubah boot
device list ini. Setelah selesai, save kan dan reboot PC tersebut.

Proses instalasi akan bermula apabila sistem anda boot dari CD. Mesej pertama
ialah seperti berikut:

Anda boleh memulakan instalasi dengan menekan enter, atau menunggu sehingga
program ini memulakan instalasi secara automatik (timeout). Seterusnya,
anda akan sampai di skrin pilihan bahasa untuk instalasi.

Biasanya pilihan United States diterima, melainkan anda memahami bahasa
lain :). Buat pilihan dan klik ok. Seterusnya ialah skrin perjanjian lesen.

Baca perjanjian (bukan mandatori) ini dan klik Accept untuk ke skrin seterusnya.Seterusnya
ialah skrin klasifikasi pemasangan.

Pilih recommended untuk pilihan instalasi paling mudah (tidak dibincang
di sini) atau pilih expert untuk lebih kawalan semasa proses. Terdapat
3 pilihan di sini :
1. Install - instalasi sistem baru.
2. Upgrade - menaik taraf sistem Linux Mandrake lama anda, konfigurasi lama dikekalkan.
3. Upgrade packages only - menaik taraf pakej perisian sahaja, proses installasi akan memeriksa versi perisian sedia ada dan akan manaik tara pakej ke versi terkini.
Pilihan dalam panduan ini ialah expert dan install. DrakX akan cuba mencari
perkaksan cakera keras anda (disk controller), ia akan memasang pemacu
(driver) yang diperlukan dan anda akan dibawa ke skrin berikut.

Jika perkakasan anda tidak dikesan, anda boleh memasang dengan opsyen Yes
(memerlukan pemacu dari pengeluar perkakasan) dimana anda boleh memasang
pemacu yang disediakan oleh pengeluar perkakasan. Contoh dalam situasi
penggunaan kad SCSI. Jika semuanya lancar, klik ok untuk ke skrin seterusnya.

Seterusnya anda akan sampai ke pilihan tetikus. Pilih tetikus yang sesuai
(jika tidak dikesan secara automatik). Jika tetikus anda tiada dalam senarai,
pilih standard mouse dan klik ok.

Skrin seterusnya berkaitan dengan jenis papan kekunci anda. Biasanya anda
hanya perlu menerima pilihan yang dikesan oleh DrakX. Kebiasaannya kita
menggunakan susunan kekunci US keyboard. Buat pilihan dan klik ok.

Anda akan dibawa ke skrin keselamatan sistem. Terdapat empat peringkat
keselamatan, bergantung kepada setakat mana anda mahukan keselamatan bagi
sistem anda. Diingatkan disini bahawa semakin tinggi tahap keselamatan,
semakin banyak fleksibiliti yang akan dikurangkan. Namun, ini adalah perkara
biasa dalam keselamatan. Anda perlu mengurangkan sesuatu kemudahan jika
anda mahukan sistem yang betul-betul selamat. Contoh, dalam setting tertinggi
(paranoid) atau (higher), mungkin port-port umum seperti telnet akan ditutup
secara default. Jadi untuk menggunakannya semula anda perlu menjalankan
proses konfigurasi secara manual. Bagi panduan ini, saya beranggapan PC
ini akan digunakan oleh pengguna rumah biasa dan hanya memerlukan tahap
standard. Klik ok untuk skrin seterusnya.

Seterusnya anda akan sampai ke skrin yang agak kritikal dalam proses pemasangan
Mandarake, iaitu skrin partisi. Di sini anda boleh memilih Auto allocate
yang memberikan anda kemudahan partisi secara automatik. Ia datang dengan
3 pilihan seperti tertera di skrin. Pilihan ini tidak akan dibincang secara
mendalam kerana ia agak mudah, anda boleh mencuba kesemua pilihan tersebut
dan jika anda tidak berpuas hati, anda boleh menekan butang Undo dan mencuba
pilihan lain. Pilihan yang akan digunakan dalam panduan ini ialah secara
manual.

Apa yang diperlukan ialah klik partisi kosong, dan kemudian klik butang Create. Sila ambil perhatian, seperti mana yang telah disebutkan diawal tadi, berhati-hati dengan partisi sistem operasi lain (seperti Windows) semasa proses ini kerana kesilapan anda boleh mengakibatkan seluruh data anda hilang!

Anda akan sampai ke skrin berikut dimana panduan partisi akan disediakan.
Dalam panduan ini kita hanya akan membuat 4 partisi iaitu:
1. / - root
2. Swap file - memori maya sistem
3. /home - data pengguna sistem
4. /usr - ruang untuk pemasangan perisian dan pelbagai binari
Apa yang anda perlu buat ialah membuat pilihan Filesystem type, mount point
dan size. Dinasihatkan supaya anda memilih pakai Journalised FS untuk prestasi
filesystem yang lebih baik (tidak akan dibincangkan di sini).

Perhatikan untuk Filesystem type: Linux swap, tiada pilihan mount point.
Biasanya saiz swap umum yang diterima pakai ialah 2 kali memori fizikal
sistem. Buat pilihan dan klik ok.

Anda akan dipersembahkan dengan skrin sebegini untuk proses partisi. Ulang
proses pilihan dan create untuk kesemua partisi yang dikehendaki.

Ini adalah contoh patisi saya, tidak semestinya konfigurasi anda sama.
Ia bergantung kepada berapa besar saiz cakera keras anda dan apa yang ingin
dicapai untuk sistem ini. Perhatikan partisi yang dominan ialah /usr -
ini adalah kerana saiz yang besar diperlukan untuk menampung data aplikasi
yang bakal dipasang kelak. Untuk pengguna biasa atau yang baru berjinak-jinak
dengan Linux adalah sesuai jika anda memperuntukkan saiz yang besar sedikit
untuk partisi ini, mungkin sebanyak 2GB atau 3GB. Suka diingatkan saiz
partisi akan mempengaruhi jumlah pakej yang bakal dipasang kelak. Skrin
di atas menunjukkan pilihan samada anda mahu men format partisi-partisi
tersebut. Bagi partisi baru ia perlu di format untuk membentuk filesystem
yang berkaitan. Bagi sistem yang telah mempunya data, anda mungkin mahu
menyimpan data sedia ada (contoh /home), jika ini keadaannya anda tidak
perlu memformat partisi itu (contoh: /home). Fungsi advance pula merujuk
kepada pilihan berikut:

Iaitu pemeriksaan bad blocks. Pemeriksaan ini bertujuan untuk memastikan
media cakera keras dalam keadaan yang baik. Ia bertujuan untuk memastikan
data pada filesystem terbabit tidak ditulis pada media yang rosak dimana
akan menyebabkan kehilangan data. Ia bukan mandatori dan mengambil masa
yang agak lama (ia ibarat proses scan disk). Jika anda perlukan lebih kepastian
untuk keselamatan data anda pilih opsyen ini. Suka diingatkan jika terlalu
banyak blok media yang rosak, mungkin proses instalasi akan 'hang' dan
tidak dapat diteruskan. Buat pilihan dan klik ok.

Setelah itu, anda akan ditunjukkan perjalanan proses format tadi.

Kemudian DrakX akan meminta anda membuat pilihan samada anda memiliki kesemua
media instalasi Mandrake. Ini penting kerana sumber pakej dan utiliti berada
pada media-media tersebut. Klik kesemua pilihan jika anda mempunyai semua
media dan klik ok.

Anda akan tiba pada skrin pilhan pakej. Pilihan pakej telah dikumpulkan
secara kategori. Pilih kategori pakej yang dikehendaki. Perhatikan pada
had kapasiti cakera (dipaparkan sebagai total size). Pastikan anda tidak
melebihi had kapasiti. Perhatikan juga opsyen Individual package selection
- opsyen ini akan membawa anda kepada pemilihan pakej yang lebih terperinci
bagi setiap kategori umum tadi. Pilih opsyen ini supaya ruang storan dapat
dijimatkan dengan membuang pakej yang tidak diperlukan. Klik ok untuk skrin
seterusnya.

Skrin seterusnya, anda akan dapat membuat pilihan secara lebih terperinci
ke atas pakej-pakej tadi. Di sini DrakX akan memastikan sebarang pakej
yang bergantung kepada pakej lain akan dipasang bersama-sama. Ini memastikan
aplikasi itu akan dapat berfungsi secara normal. Ini dipanggi dependency
check. DrakX akan memberi peringatan samada anda mahu memasang pakej bersama-sama
pakej sokongan atau tidak. Begitu juga jika anda membuang pakej, DrakX
juga akan menjalankan dependency check dan akan memberi peringatan samada
anda ingin menggugurkan pakej sokongan berkaitan. Buat pilihan anda dan
klik Install.

DrakX akan memberikan peringatan tentang pakej yang dipilih. Klik Yes jika
anda bersetuju atau No untuk pemilihan/ pengguguran semula. Klik Yes untuk
skrin seterusnya.


Anda akan dipaparkan dengan skrin proses pemasangan pakej. Ia mungkin mengambil
masa yang panjang bergantung kepada berapa banyak pakej dipasang, kelajuan
cakera keras, pemacu CDROM dan lain-lain. Masa yang baik untuk anda menyediakan
segelas minuman kegemaran. Biarkan proses ini berjalan. Jika anda mempunyai
kesemua media instalasi dan anda telah memilih kesemuanya pada seksyen
yang lepas, DrakX akan meminta anda memasukkan media sepatutnya jika pakej
tersebut berada pada media yang lain. Skrin tersebut adalah seperti berikut:

Untuk media kedua dan untuk media ketiga,

Masukkan media yang dikehendaki dan klik ok. Jika anda tidak mempunyai
media berkaitan anda boleh memlilih opsyen Cancel dan pakej berkaitan dengan
media tersebut tidak akan dipasang. Ini mungkin sedikit sebanyak akan mempengaruhi
kestabilan pakej lain terutama jika ada pakej yang bergantung kepada pakej
lain. Skrin seterusnya:

Proses seterusnya ialah untuk memasukkan kata laluan untuk pengguna 'root'
yang mana pengguna agung bagi sistem Linux. Pilihan Authentication bergantung
kepada konfigurasi rangkaian anda (tidak dibincangkan disini). Buat pilihan
yang sesuai jika perlu. Secara kebiasan, pilih local files untuk autentikasi
pengguna. Setelah kata laluan dimasukkan, klik ok.

Diingatkan pilihan No password boleh digunakan jika hanya ada seorang pengguna
sahaja bagi sistem ini. Ia tidak digalakkan kerana ia boleh menyebabkan
kesan dari segi keselamatan. Namun, ia juga adalah satu fleksibiliti bagi
pengguna. Skrin seterusnya:

Anda berpeluang untuk menambah pengguna lain. Dinasihatkan anda menambah pengguna bagi diri anda untuk kegunaan biasa kerana sebarang kesilapan melalui akaun root boleh mengakibatkan kerosakan pada sistem. Pilihan Icon ialah pilihan ikon untuk mewakili pengguna secara grafikal (jika Graphical Logon dipilih).

Opsyen Advance memberi pilihan untuk menentukan jenis shell pengguna. Secara
umum default shell Linux ialah bash. Namun anda boleh menggunakan pelbagai
shell lain seperti pdksh, z shell dan lain-lain. Klik Done setelah selesai.

Pilihan berikutnya ialah untuk pilihan GUI jika anda mahu sistem anda log
on kepada seorang default user. Pilih opsyen No.

Seterusnya ialah opsyen rangkaian. Gunakan opsyen default supaya DrakX
mengesan opsyen rangkaian anda. Klik ok.

DrakX akan memaparkan status proses seperti di atas.Pastikan modem anda
disambungkan ke portnya dan dipasangkan supaya DrakX dapat mengesannya.

Bergantung kepada opsyen yang ada, DrakX akan menunjukkan opsyen yang dapat
dikesan. Dalam contoh ini, DrakX hanya mengesan opsyen ethernet sahaja.
Saya mempunyai sebuah modem external jadi saya turut memilih opsyen Normal
modem connection. Klik ok setelah berpuas hati dengan pilihan.

Anda akan dibawa ke modem wizard. Klik ok untuk meneruskan konfigurasi
atau Cancel untuk membatalkan proses.

Pilih port dimana modem anda disambungkan. Pada Linux port bernama COM1
dirujuk sebagai ttyS0, COM2 dirujuk sebagai ttys1 dan seterusnya. Buat
pilihan port dan klik Ok.

Kemudian anda akan tiba pada konfigurasi dial-up. Isikan butiran dial-up
anda. Konfigurasi di atas hanyalah sebagai contoh, sila rujuk maklumat
dari ISP anda untuk maklumat yang betul dan terperinci. Isikan konfigurasi
dan klik Ok.

Setelah itu wizard untuk LAN pula akan dipaparkan.

DrakX akan menunjukkan hasil pengesanan automatiknya. Jika anda ada beberapa
antarmuka rangkaian pilih opsyen yes jika tidak pilih opsyen No dan klik
Ok untuk konfigurasi setesrusnya.

Skrin konfigurasi LAN akan dipaparkan. Dalam Linux, anramuka ethernet pertama
dirujuk sebagai eth0, kedua dirujuk sebagai eth1 dan seterusnya. Isikan
konfigurasi mengikut maklumat konfigurasi rangkaian anda. DrakX juga menyokong
konfigurasi DHCP (yang mana komponennya akan dipasangkan secara automatik
jika dipilih). Opsyen Start at boot merujuk kepada samada antaramuka tersebut
dimulakan secara automatik semasa boot atau dimulakan secara manual oleh
root selepas boot. Bergantung kepada konfigurasi LAN anda, ini mungkin
perlu dilakukan. Klik Ok untuk konfigurasi seterusnya.

Isikan maklumat rangkaian yang lain bagi PC anda. Isikan alamat pelayan
DNS dan juga gateway untuk rangkaian anda. Klik Ok untuk konfigurasi seterusnya.

Jika rangkaian anda menggunakan proxy, isikan konfigurasi tersebut dan
klik Ok. Jika tiada, biarkan kosong dan klik Ok untuk ke skrin seterusnya.

DrakX akan meminta pilihan utama rangkaian untuk sambungan Internet. Bergantung
kepada konfigurasi anda, buat pilihan sepatutnya dan klik Ok.

Di sini akan dipaparkan ringkasan konfigurasi sistem. Didapati Timezome
dan mungkin konfigurasi Printer tidak tepat. Klik opsyen tersebut untuk
pembetulan.

Klik pada Timezone dan pilih lokasi anda. Bagi contoh ini, konfigiurasi
ialah dibawah Asia, Kuala Lumpur. Buat pilihan dan klik Ok.

Konfigurasi masa memaparkan pilihan samada anda mahukan masa sistem operasi
anda disetkan mengikut piawai GMT. Anda juga boleh memilih untuk menggunakan
masa yang sama seperti pada BIOS anda untuk masa yang lebih selaras dan
jika anda melakukan dual atau multi boot. Opsyen Automatic time synchronization
(using NTP) pula ialah menggunakan rujukan pelayan NTP untuk menentukan
masa sistem anda. Bergantung kepada keadaan anda, buat pilihan dan klik
Ok. Pilihan biasa ialah tidak memilih Harware clock set to GMT.
Kemudian pada opsyen ringkasan (Summary) tadi. Klik opsyen Printer untuk
konfigurasi pencetak.

Pilih format pencetak yang diinginkan. Kebiasaannya saya memilih CUPS untuk
konfigurasi spooler saya. Buat pilihan dan klik Ok.

Setelah selesai pemasangan komponen, DrakX akan memulakan sub-sistem rangkaian
anda. Ia berguna untuk konfigurasi remote printer atau pencetak rangakaian.

Kemudian anda perlu menambah pencetak anda ke sistem CUPS dengan memilih
opsyen Add new printer.

Pilihan ini akan membawa anda ke skrin pilihan jenis sambungan pencetak.

Local printer - merujuk kepada pencetak yang bersambung terus ke PC anda.
Printer on remote lpd server - merujuk kepada pencetak pada remote lpd server (pencetak rangkaian)
Network printer (TCP/Socket) - merujuk kepada pencetak rangkain menggunakan TCP/Socket (pencetak rangkaian)
Printer on SMB/Windows 95/98/NT server - merujuk kepada pencetak pada sistem windows atau mana-mana sistem (contoh SAMBA) yang menggunakan protokol SMB untuk cetakan (pencetak rangkaian)
Enter a printer device URI - konfigurasi manual laluan (path - Uniform Resource Identifier) rangkaian
pencetak tersebut.
Klik Ok apabila selesai konfigurasi.

DrakX memaparkan amaran implikasi pengesanan automatik untuk pencetak.
Dalam keadaan biasa, jika pencetak anda mempunyai sokongan Linux, ini tidak
menjadi masalah. Dalam contoh ini saya memilih Do auto-detection untuk
pengesanan secara automatik (walaupun sebenarnya saya tidak mempunyai pencetak).

Masukkan maklumat pencetak anda di skrin ini. Klik Ok.

Seterusnya jika DrakX tidak dapat mengesan pencetak anda, pilih pencetak
anda melalui skrin ini. Ia dikategorikan melalui pengeluar (Canon, HP,
dan lain-lain). Ada kalanya model yang seiras dapat memberikan hasil cetakan
yang sama. Dapatkan maklumat lanjut dari Intrenet jika pencetak anda tiada
dalam senarai. Buat pilihan dan klik Ok.

Masukkan butiran konfigurasi utama pencetak.

Ini adalah konfigurasi biasa saya. Bergantung kepada situasi anda, buat
pilihan dan klik Ok.

Skrin ini pula akan memastikan samada pencetak yang dipilih adalah betul
dengan menghasilkan cetakan contoh. Pilih jenis contoh yang ingin dicetak.
Pilihan lazim ialah Standard test page dan klik Print. Jika semua lancar,
anda akan memperolehi cetakan yang sempurna pada pencetak anda.

Tambah pencetak lain (jika ada) pada skrin ini. Jika tiada, klik Quit untuk
ke skrin seterusnya.

Tiba di skrin Summary. Jika sudah berpuas hati, klik Ok. Jika tidak, buat
pembetulan sepatutnya.

Skrin seterusnya akan memaparkan konfigurasi servis yang akan dimulakan
secara automatik setiap kali sistem dimulakan. Ia adalah konfigurasi init
bagi Linux. Kotak yang bertanda betul merujuk kepada servis yang dimulakan
secara automatik manakala yang tidak bertanda merujuk kepada sistem yang
tidak dimulakan pada masa boot atau servis yang dimulakan secara manual.
Pemilihan bergantung kepada pertimbangan keselamatan dan juga pilihan anda
sendiri. Bagi saya, saya tidak akan memulakan semua servis secara automatik
kerana ini akan sedikit sebanyak melambatkan proses boot. Saya hanya memilih
servis penting yang diperlukan sahaja. Rujuk kepada rujukan lain untuk
maklumat terperinci servis-servis ini.

Kemudian, DrakX akan menyiapkan skrin konfigurasi bootloader yang berfungsi
untuk memuatkan sistem operasi ketika proses boot.

Pada skrin ini, anda boleh memilih jenis loader yang ingin digunakan. Pilihan
loader bergantung kepada banyak faktor dan ia tidak dibincangkan di sini.
Di sini juga anda akan mendapati opsyen untuk boot kepada sistem operasi
lain jika ada. Ini adalah langkah kritikal jika anda mahukan sistem yang
dual atau multi boot.

Pada opsyen Advance, anda dipaparkan dengan pelbagai opsyen tambahan untuk
konfigurasi lebih terperinci. Pilihan LBA merujuk kepada limitasi loader
Linux untuk berinteraksi dengan BIOS (maklumat loader tidak boleh berada
lebih dari silinder 1024 ). Ini kerana semasa proses boot, LILO akan bergantung
kepada BIOS untuk mencapai maklumat boot. Oleh kerana limitasi BIOS yang
hanya dapat mencapai data boot di bawah silinder 1024, LILO akan menghadapi
masalah apabila proses boot berlaku. Dengan memilih opsyen ini, limitasi
ini dapat diatasi. Pilihan lain tidak akan dibincangkan di sini.

Skrin seterusnya mengingatkan pengguna supaya membuat sekeping bootdisk.
Ia penting dalam waktu kecemasan di mana anda tidak dapat login secara
normal dan lain-lain. Buat pilihan anda, jika anda mahukan boot disk sediakan
sekeping floppy. Jika tidak, klik No untuk skrin seterusnya.

Jika anda memilih untuk membuat boot disk, skrin di atas akan dipaparkan.
Masukkan disket dan klik ok. Data yang diperlukan untuk boot akan ditulis
ke cakera liut tersebut.

Kemudia, tiba pula skrin untuk konfigurasi X Window iaitu anatara muka
pengguna untuk Linux. Terdapat dua pilihan, satu berasaskan pelayan X terbaru
iaitu XFree versi 4 dan satu lagi versi 3. Konfigurasi versi 3 tidak akan
dibincangkan kerana lebih sesuai jika menggunakan pelayan X terbaru. Klik
pada opsyen XFree 4.2.0.

Pakej yang diperlukan akan dipasang secara automatik.

Kemudian, buat pilihan monitor anda. Jika monitor anda berada dalam senarai, buat pilihan yang sepatutnya. Jika tidak, sila pastikan maklumat seperti resolusi tertinggi, julat frekuensi horizontal, frekuensi optimum dan lain-lain ada untuk membantu pilihan anda. Maklumat ini boleh dilihat biasanya pada pelekat di belakang monitor atau pada manual pengguna yang datang bersama monitor tersebut. Jika tidak anda boleh mencuba pilihan Non-Interlaced SVGA, 1024x768 @ 60Hz, 800x600 @ 72Hz... Amaran disini, konfigurasi sync yang salah boleh mengakibatkan kerosakan
kekal pada monitor anda. Ini penting kepada monitor lama yang tidak mempunyai
ciri auto-sync, monitor baru kebanyakannya akan berada dalam keadaan 'suspend'
apabile terkeluar dari julat sync yang betul. Buat pilihan dengan berhati-hati!

Pilih resolusi dan colour depth yang diingini. DrakX akan menguji konfigurasi
anda.

Klik opsyen Yes untuk proses ujian. Jika konfigurasi anda tepat, anda akan
dapat melihat beberapa ekor penguin di skrin anda :) .

Kemudian, DrakX akan memaparkan pilihan samada anda mahu sistem secara
terus memulakan sesi X (GUI) atau masuk ke mod teks selepas sistem anda
boot. Selalunya dinasihatkan anda memilih untuk tidak memulakan X secara
automatik kerana ia mungkin mengakibatkan 'hang' jika tersilap konfigurasi.
Namun, jika anda pasti konfigurasi anda tepat (anda nampak penguin-penguin
tadi bukan?) anda boleh memilih opsyen ini. Satu panduan, jika sistem anda
'hang' kerana kesilapan konfigurasi X anda boleh kembali ke mod teks dengan
menekan serentak Ctrl + Alt + Backspace. Untuk contoh ini saya memilih
tidak memulakan X secara automatik. Buat pilihan untuk ke skrin seterusnya.

Pada skrin ini, DrakX akan menanyakan samada anda ingin memuat turun pakej
terbaru dari laman Mandrake. Pilihan ini bermakna anda memerlukan sambungan
ke Internet. Ia juga mungkin mengambil masa yang lama untuk dikemaskini.
Untuk contoh ini saya memilih tidak melakukan kemaskini pakej. Buat pilihan
untuk ke skrin seterusnya.

Tahniah! Sistem anda telah berjaya dipasang. Sila klik opsyen Ok. Jangan
lupa untuk mengeluarkan media instalasi untuk proses reboot.

Paparan ini akan muncul untuk menjalankan proses reboot. Media CD juga
akan di keluarkan (eject) secara automatik. Jangan lupa untuk memastikan
boot device list diubah kembali ke konfigurasi asal (boot dari cakera keras).

Jika semua berjalan lancar, anda akan disambut dengan GRUB loader (bergantung
kepada pilihan anda). Buat pilihan sistem operasi yang diingini. Jika anda
menjalankan konfigurasi multi boot, anda juga akan dipaparkan pilihan untuk
memilih sistem operasi lain.

Pilihan untuk memulakan Linux akan memulakan sesi boot dan skrin di atas
memulakan proses init. Di sini juga mungkin akan berlaku beberapa konfigurasi
(post installation process) yang dilakukan secara automatik oleh sistem.

Jika semuanya berjalan lancar, skrin login (mod teks atau GUI) akan menyambut
anda. Masukkan nama pengguna dan kata laluan untuk memasuki sistem anda.
Tahniah! Anda telah berjaya memasang Linux Mandrake 8.2 - BlueBird.
Di harapkan panduan ini akan memberi manafaat kepada pembaca. Jika ada komen dan cadangan sila e-mailkan kepada saya.
Laman Web Mandrake
|
|